23.12.11

Gaji baru

Maybe ramai yang sedia maklum ramai yang akan dapat gaji baru mulai tahun depan (bagi kakitangan kerajaan la kan).

Dan maybe ramai gak yang da plan macam-macam untuk gaji tahun 2012 ni. Ade yang dengar-dengarnya nak tambah hutang lagik, amik kete baru la. Mmmm, idea tuu..

Aku pun lagi bersemangat nak naik keje tahun depan. Nak pakai kasut baru, handbeg baru, baju baru. Pehhh..semangat mesti adooo, even naik gaji pun bukan banyak sangat..

So, sebelum helo ke 2012 kene ready AZAM ye, (tahun lepas nye azam pun de yang tak lepas lagik)
Malam ni nak bincang la ngan Alya, pe lagi azam untuk ibu nye ni. Hehehe

*Merry Xmas... hohoho*
*Cuti 3 hari, plan baekkk punye ngan family tersayang minggu ni*

21.12.11

3 tahun sudah....-19 Disember 2011

Alhamdulillah, 19 Disember 2011 lepas genap 3 tahun usia perkahwinan kami.


Ya, banyak kenangan pahit manis bersama.
Moga kegembiraan sentiasa mengiringi perjalanan hidup keluarga kami.
Terima kasih Allah, kerana dijodohkan dengan dia.

Luv U sayang..

7.12.11

Suspen TENTANG DHIA..

Rasanya sekarang ni ramai yang tengah meroyan tengok citer slot Akasia, Tentang Dhia kat TV3. Cmne tak meroyan, tengok hero da gigil, heroin plak sejuk je mata pandang. 

Aku skrang kul 6.30 petang mesti da sampai umah. Amik Alya kat umah pengasuh pastu terus balik umah. Alya nak tido ke, nak main ke sume kat umah hoookeee. Ibu sibuk nih.
Citer petang semalam plak memang suspen. Rasenye cam tengok Terowong malam Jumaat pun iye jugak. Ade ke watak Heroin leh mati dulu?!! Padahal baru kul 7 lebih time tuuu.. Panjang lagi masa maaaa.. Pastu Dhia kene kapan sume, bacakan Yassin aku da start meremang. Mesti de pape pasni. Part Pak Imam ubat kan Dhia, pastu ade yang Azan aku da kecik kan mata. Alya plak da start peluk aku.

Hah!!!
Dhia bukak mata aku da terperanjat, Dhia da terduduk aku menjerit. Alya kat sebalah da meraung. Huh, time tu kalo de orang sergah mau nye aku 2 branak lari kuar umah. Heeeee, ya ampunn. Jangan la ade cite cam gini lagi. Tapi, ade plak orang skrang amal kan benda-benda cm ni kan. Orang baik dan kuat amalan cam Dhia ni pun leh kene.  

So, beware.

Sesungguhnya, kita tak boleh menidakkan kewujudan sihir & makhluk alam ghaib tapi kita harus percaya tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah.. setiap apa yang berlaku adalah dengan keizinan Nya walau ada mereka2 yg masih menggunakan syaitan sebagai perantaraan...