27.6.11

Ade problem tp still leh senyum..hehe ;-)

Aduhai.. mengeluh aku pepagi nih. Dah la memang pagi Isnin ni mood asyik melayang je. Nak start wat keje pun cam terkedek-kedek je. Otak ni da sampai tah mane pikir.
Pc pagi tadi meragam lagi. Setengah jam asyik "Please wait" ajo. Mmm, senyum lin, senyum. Dan puan Dalina solve da prob dengan jaya nyerrr. Chaiyok.
Kete aku pun nak meragam jugak. Rosak yang buat aku kecut perut nak drive. Kete tu memang jarang sangat wat hal. Asyik sihat je manjang, sesekali sakit la plak. Tapi bila sakit, tuan nye nih lak merana wei.
Then, geng meja depan dapat tukar opis. Da lame Kak Bi harap dapat tukar ke kampung halaman, sekali dapat lak. Tak nak tangguh-tangguh lak tu. Ishh, boring la pasni. Tak cukup korum nak borak. Senyum lin, senyum. 
Yang paling best, dapat surat gi kursus. Yipiiii. Ceronok nyerr. Da lame aku tunggu nak g kursus. Memang la aku nye kursus tak cukup 7 ari. Bleh la ubah angin cikit. Yang pegi skali nanti sume geng yang sekepala. So, aku tersenyum dengan sendirinyeeee...

16.6.11

Alkisah..

Tension, tension. Aku memang tension semenjak dua menjak nih. Ngan keje urgent, ngan exam lagi minggu nih. Husshh, bergegar kepala otak. Serabut, serabut. Kalo tengok meja opis aku, orang pun leh tau aku camne. Fail lagi tinggi dari kepala. Tu kalo aku duduk la kan.
Nak jadi cite pagi tadi, kuar antar Alya around 7a.m. la. Sampai umah Kak Yong cam biasa, belek-belek Alya kat sebelah sebelum kuar kete. Then, dukung Alya, bukak pintu belakang untuk amik bakul baju dia. Aku da kerut dahi. Tak caye lagi nih. Tutup pintu pastu bukak balik. Jenguk-jenguk ngan Alya. Memang sah. Beg Alya tak de.
Terus call hubby. Hubby cakap memang ade atas meja makan. Kebetulan dia kuar lambat. Aku da tergelak besar. Ish, cmne lah jadi cmni. Rutin harian pun leh cuai. Terpaksa la hubby tercayang ngantorrr..
On da way ke opis memang aku tergelak je. Patut la aku corner sume tak de bunyi benda jatuh. Adoiyaiiii...

8.6.11

Kecelaruan fikiran

Otak ku makin celaru, kusut sume lah. Eeee sabor je la tunggu minggu depan. Sekarang badan sakit-sakit, selsema, kepala berdenyut-denyut. Tetiba... Minyak kapak sentiasa di tangan. Pastu aku makin kuat tido. Alternatif bile aku tension. Huh, bila la azab aku nk berakhir??!!


3.6.11

Hatiku bermungeee

Hari Jumaat memag slalu ati akan rase hepi sesangat. Maybe masa di opis singkat n esok plak coootiii.
Tapi rini lain macam ckit. Keje opis tak banyak. Tengahari plak da plan ngan member rewang nak bershopping reramai. Eeee..tak sabau.
Pastu petang ni hubby akan balik dari kursus. Hik, hik, lagi la aku x sabau. Bukan tak sabar pe, petang kang nak jumpa hubby sambil hulur tangan, "Mane barang tuk Alin??"
Nasib baik sepanjang hubby g kursus Alya tak banyak ragam. Under control. Kitorang berdua tido kat kampung. Aku yang berulang pagi-pagi. So, pagi tadi bangun awal sebab da angkut barang semula ke Senawang. Rindu plak nak tido Senawang.